Connect with us

Bahasa Malaysia

Tahap Liga Malaysia belum profesional sepenuhnya

Setiausaha Agung Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Datuk Windsor John Paul menganggap Liga Malaysia memerlukan penambahbaikan dan kerjasama daripada semua pihak bagi memastikan liga tempatan benar-benar mencapai status profesional.

Isu tunggakan gaji, masalah perpindahan pemain dan mutu pengadilan sedikit sebanyak mencalar imej Liga Malaysia yang sudah 25 tahun memasuki era profesional.

Windsor berpendapat, beberapa aspek penting seperti pengurusan, infrastruktur serta pembangunan perlu diberi lebih penekanan bagi membuktikan Liga Malaysia berhak memiliki status profesional sepenuhnya.

FAM dan MFL perlu lebih tegas dalam mengawal selia aspek-aspek tersebut dan pasukan-pasukan bertanding perlu patuh dalam pelaksanaan di peringkat pengurusan pasukan.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Latest News

More in Bahasa Malaysia